PROGRAM SPEAKER SERIES : TECHNICAL EXPERIENCE

IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN 2020
14 September 2020
MAKLUMAN KAEDAH PELAKSANAAN SEMINAR FUTURE OUTLOOK ON ENGINEERED TIMBER PRODUCTS IN THE CONSTRUCTION INDUSTRY
9 October 2020
Show all

PROGRAM SPEAKER SERIES : TECHNICAL EXPERIENCE

YBhg. Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SPEAKERS SERIES : TECHNICAL EXPERINECE

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program SPEAKERS SERIES : TECHNICAL EXPERINECE seperti ketetapan berikut:

Tarikh                                   :      15 Oktober 2020 (Khamis)

Masa                                      :      8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat                                  :      Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Makan/Minum                     :      Disediakan

3.     Kehadiran Y.Bhg. Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan amat kami alu-alukan bagi mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman dari YBhg. Dato’ Ir. Haji. Abd Rahim Bin Ahmad, Mantan Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan JKR Malaysia (2013- 2015) dan Y.Bhg. Dato’ Ir. Hajah Azizah Binti Osman, Mantan Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan JKR Malaysia (2015-2016)

4.    Bersama-sama ini dilampirkan atur cara program tersebut seperti di Lampiran B untuk rujukan Y.Bhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE JKR di pautan http://latihan.createjkr.gov.my ataupun melalui portal CREaTE http://www.createjkr.gov.my  

5.      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi Urus Setia Program seperti butiran berikut:

Nama Emel No. Telefon
Ir. Zainudin Bin Sulaiman zainudiins@jkr.gov.my 06-5512291
Shahrul Aszad Bin MD Rozali saszad@jkr.gov.my 06-5512295

6.      Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Views: 542