PROGRAM ROADSHOW MODEL KOMPETENSI INOVASI JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2021

CREaTE-RECESS INTERNATIONAL SEMINAR AND SYMPOSIUM (CRISS) 2021
12 August 2021
PEMAKLUMAN JADUAL SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021
27 August 2021
Show all

PROGRAM ROADSHOW MODEL KOMPETENSI INOVASI JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2021

PROGRAM ROADSHOW MODEL KOMPETENSI INOVASI JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2021

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program Roadshow Model Kompetensi Inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2021 secara atas talian. Program ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) yang ditetapkan di dalam pengukuran T5.2.2 Tema 5 Pelan Strategik JKR Tahun 2021-2025.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkenalkan Model Kompetensi Inovasi JKR Malaysia di samping meningkatkan kefahaman warga JKR berkenaan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).  Program ini telah dianjurkan secara bersiri di lima (5) zon di seluruh JKR dengan penglibatan seramai 520 orang kakitangan. Butiran pelaksanaan program roadshow adalah seperti berikut:

  Tarikh Zon Terlibat
  Siri 1   26 Julai 2021   Zon Utara (JKR Perlis, JKR Kedah, JKR Pulau Pinang)  
  Siri 2   27 Julai 2021   Zon Tengah (JKR Perak, JKR Selangor, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, JKR Wilayah Persekutuan Labuan)  
  Siri 3   28 Julai 2021   Zon Timur (JKR Kelantan, JKR Terengganu, JKR Pahang)  
  Siri 4   29 Julai 2021   Zon Selatan (JKR Melaka, JKR Negeri Sembilan, JKR Johor)  
  Siri 5   30 Julai 2021   Zon Ibu Pejabat (semua cawangan JKR Ibu Pejabat)  

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada warga JKR yang telah menyertai dan menjayakan Program Roadshow Model Kompetensi Inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2021.

ZON UTARA

ZON TENGAH

ZON TIMUR

ZON SELATAN

ZON IBU PEJABAT

Views: 87