PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2019

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN UNTUK MENGENDALI KAFETARIA DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA
25 April 2019
Keputusan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019
7 Mei 2019
Show all

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2019

Program pensijilan ini terbuka kepada semua pegawai yang berkelayakan dalam bidang berkaitan berdasarkan kepada syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan dalam garis panduan program pensijilan. Program pensijilan ini adalah merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pentauliahan dan pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang telah mendapat pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu dan memenuhi piawaian pensijilan.

Sehubungan dengan itu, pihak kami mempelawa semua pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk memohon. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di dalam garis panduan yang di sertakan di bawah. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil kelulusan akademik, sijil kursus wajib dan dokumen sokongan hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 29 Mei 2019 kepada Urus Setia Program Pensijilan JKR Malaysia seperti alamat yang tertera di bawah:

Urus Setia Program Pensijilan JKR Malaysia
Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah Melaka

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :-

>Senarai Pegawai Mengikut Kompetensi<

Garis panduan bagi Program Pensijilan JKR Malaysia 2019 adalah seperti berikut:

Kejuruteraan Awam

  1. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Struktur Bangunan
  2. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Forensik Struktur Bangunan
  3. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kerja Sivil
  4. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Alam Sekitar
  5. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Jalan
  6. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Keselamatan Jalan
  7. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Jambatan
  8. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Geoteknik
  9. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Cerun
  10. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Lapangan Terbang
  11. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Maritim
  12. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Pengangkutan Darat
  13. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Pengurusan Permintaan Bekalan Air
  14. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Bekalan Air
  15. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Senggara Jalan

Kejuruteraan Mekanikal

  1. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran
  2. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
  3. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari
  4. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Kelestarian Sistem Mekanikal
  5. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Pencegah Kebakaran
  6. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Penyaman Udara
  7. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Perkhidmatan Mekanikal Dalam Fasiliti Kesihatan
  8. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan
  9. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Sistem Bekalan Air Dalaman dan Sanitari
  10. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Mekanikal Sistem Lif dan Eskalator
  11. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Pengurusan Woksyop
  12. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Sistem Pengurusan Tenaga

Kejuruteraan Elektrik

  1. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Elektrik

Ukur Bahan

  1. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Eksekutif Kos Pembinaan
  2. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Pengurus Kos Pembinaan
  3. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Pengukuran Kerja Awam
  4. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Pengukuran Kuantiti Kerja-kerja Bangunan
  5. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Pengurus Perolehan
  6. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Eksekutif Pentadbiran Kontrak
  7. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Pengurus Pentadbiran Kontrak
  8. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Pengurus Tuntutan Kontrak
  9. Garis Panduan Pensijilan Ukur Bahan: Pengukuran Kuantiti Bangunan

Arkitek

  1. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek – Forensik Senibina
  2. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Hiasan Dalaman
  3. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Konservasi Bangunan
  4. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Multimedia Senibina
  5. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Perancangan Fasiliti Kesihatan
  6. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Perancangan Senibina Keselamatan
  7. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Rekabentuk Perbandaran Lestari
  8. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Rekabentuk Sejagat
  9. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Senibina Landskap
  10. Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek -Senibina Lestari
  11. Borang Permohonan

Building Information Modeling (BIM)

Pemilihan calon bagi pensijilan BIM dibuat secara tertutup. Calon yang dipilih oleh Cawangan Pakar adalah yang terlibat dengan projek BIM.

  1. Garis Panduan Program Pensijilan BIM Coordinator
  2. Garis Panduan Program Pensijilan BIM Modeler

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA PROGRAM PENSIJILAN JKR MALAYSIA

E-mel : pensijilanjkr.jkr@1govuc.gov.my

Views: 6480