PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2018

PROGRAM WACANA ILMU
22 May 2018
“Seminar on Cement and Concrete Applications- Road”
12 June 2018
Show all

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2018

 

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2018

Program pensijilan ini adalah terbuka kepada semua pegawai yang berkelayakan dalam bidang berkaitan berdasarkan kepada syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan dalam garis panduan program pensijilan.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran pegawai dalam bidang tertentu berdasarkan kepada piawaian yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, semua pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan dalam garis panduan yang disertakan.  Borang yang telah lengkap diisi berserta laporan berkaitan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 18 Julai 2018 kepada Urus Setia Program Pensijilan JKR Malaysia seperti alamat yang tertera di bawah:

 

Urus Setia Program Pensijilan JKR Malaysia

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Jalan Kemus, Simpang Ampat

78000 Alor Gajah Melaka

No. Tel. : 06-551 2356/2351/2367/2218

E-mel : pensijilanjkr.jkr@1govuc.gov.my

 

Garis panduan bagi Program Pensijilan JKR Malaysia Tahun 2018 boleh diakses melalui link berikut: https://bigbox.1govuc.gov.my/index.php/s/yPbgbS3zTjngcki. Senarai garis panduan tersebut adalah seperti mana berikut:

  1. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Struktur Bangunan
  2. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Forensik Struktur Bangunan
  3. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kerja Sivil
  4. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Alam Sekitar
  5. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Jalan
  6. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Keselamatan Jalan
  7. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Jambatan
  8. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Geoteknik
  9. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Cerun
  10. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Lapangan Terbang
  11. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Maritim
  12. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Pengangkutan Darat
  13. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Pengurusan Permintaan Bekalan Air
  14. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Bekalan Air
  15. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Senggara Jalan
  16. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal
  17. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Elektrik
  18. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Senibina Landskap
  19. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Konservasi Bangunan
  20. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Perancangan Fasiliti Kesihatan
  21. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Perancangan Senibina Keselamatan
  22. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Hiasan Dalaman
  23. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Rekabentuk Perbandaran Lestari
  24. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Senibina Lestari
  25. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Multimedia Senibina
  26. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Forensik Senibina
  27. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Rekabentuk Sejagat
  28. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Ukur Bahan – Tuntutan Kontrak
  29. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Ukur Bahan – Perolehan
  30. Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Ukur Bahan – Pentadbiran Kontrak

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA PROGRAM PENSIJILAN JKR MALAYSIA

Views: 957