PROGRAM LATIHAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2018 – KOMPETENSI RESEARCH & DEVELOPMENT

Buletin Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) 2018
13 June 2018
SEMINAR ISU SEMASA & AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN KONTRAK PEMBINAAN
20 July 2018
Show all

PROGRAM LATIHAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2018 – KOMPETENSI RESEARCH & DEVELOPMENT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA,

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE) di bawah Program Latihan Kompetensi Research & Development (R&D) akan melaksanakan kursus seperti di atas.

3. Sekiranya berminat, permohonan boleh dibuat melalui Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE JKR di pautan http://latihan.createjkr.gov.my ataupun melalui portal CREaTE http://www.createjkr.gov.my. Untuk daftar masuk ke dalam sistem, pemohon diminta untuk memasukkan No. Kad Pengenalan & Katalaluan: P@ssw0rd321. Pemohon boleh mengubah katalaluan di profil pemohon.

4. Mohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan agar mendapatkan persetujuan daripada Ketua Unit/ Bahagian (KUB) dan sokongan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Kompetensi & Latihan (KPPKL) Cawangan/ Negeri di dalam Sistem Latihan JKR sebelum diluluskan oleh pihak CREaTE.

5. YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan juga diminta agar memastikan maklumat di dalam Sistem myKJ bagi Modul Rekod Utama – Penempatan Bertugas dan Modul Perkhidmatan adalah lengkap dan tepat. Sila hubungi penyelaras myKJ Cawangan/ Negeri anda untuk pengemaskinian.

6. Untuk maklumat lanjut berhubung MANUAL PENGGUNA SISTEM LATIHAN DAN FASILITI CREaTE JKR boleh diakses melalui pautan berikut;

http://www.createjkr.gov.my/manual-mylatihan/

7. YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan tidak dibenarkan untuk terus datang ke kursus (walk-in) tanpa membuat permohonan melalui sistem. Ini kerana tempahan penginapan, surat jemputan, borang maklumbalas kursus, Lampiran G dan sijil penyertaan kursus hanya boleh dibuat melalui sistem.

8. Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE JKR, sila hubungi Unit Pengurusan Pengetahuan, Teknologi Maklumat dan Pusat Sumber, CREaTE melalui helpdesk mylatihancreate[a]jkr.gov.my

Sekian, terima kasih.

Views: 2256