Program Jejak Inovasi JKR 2017

Mesyuarat & Taklimat EKSA CREaTE
27 February 2017
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Tahun 2017
27 February 2017
Show all

Program Jejak Inovasi JKR 2017

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Dasar Inovasi JKR 2012, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) kini meneruskan usaha mengenal pasti, membangun dan seterusnya mengkomersialkan projek inovasi JKR Malaysia di dalam dan juga luar Negara melalui Program Jejak Inovasi JKR Malaysia (JIJ).
  1. Mulai tahun 2014, Program JIJ telah dipilih sebagai ‘pintu masuk’ (gateway) kepada semua acara inovasi Jabatan dan Kementerian serta acara-acara inovasi dalam dan luar Negara. Selain itu, semua pencalonan Anugerah Inovasi Terbaik JKR akan turut dipilih daripada penyertaan Program Jejak Inovasi JKR (JIJ).
  1. Sehubungan itu, semua kakitangan JKR Cawangan/Bahagian/Negeri/Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program JIJ 2017 dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Inovasi seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017 (Rabu) melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC/KPPiB/KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:Ketua,
    Unit Inovasi Kejuruteraan
    Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan,
    Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),
    Jalan Kemus, Simpang Ampat
    78000 Alor Gajah, Melaka.
  1. Sila klik DI SINI untuk memuat turun Garis Panduan Program Jejak Inovasi JKR (JIJ) 2017 yang turut mengandungi syarat dan borang penyertaan program.
  2. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program JIJ 2017, sila hubungi:
    En. Mohamed Zhaidi Bin Baharin:
    (T): 06- 551 2232 samb (1032)
    (E): MZhaidi.jkr@1govuc.gov.my

Sekian, terima kasih.

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan,
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah, Melaka.

Views: 914