Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2017

Roundtable Discussion on The Proposal of The Development and Implementation of Sustainability Rating Tool for Infrastructure and Cities in Malaysia
23 March 2017
International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2017
3 May 2017
Show all

Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2017

JKR sekali lagi melakarkan kejayaan dalam pameran dan pertandingan inovasi  peringkat kebangsaan di National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2017 yang telah berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah pada 21 hingga 23 Mac 2017.

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE) telah mengemukakan dua produk inovasi di pameran dan pertandingan iCompEx ‘17 iaitu Selimut Cerun (Slope Blanket) daripada JKR Daerah Batang Padang dan Papan Tanda Sementara (Smart Sign) daripada JKR Daerah Kuala Langat. Kedua-kedua produk inovasi tersebut telah berjaya memenangi Pingat Emas bagi Kategori B : Pembinaan dan Bahan. Produk Selimut Cerun (Slope Blanket) daripada JKR Daerah Batang Padang seterusnya telah dinobatkan sebagai Juara Kategori B : Pembinaan dan Bahan dan Anugerah Inovasi Komersial.

Selimut Cerun (Slope Blanket) adalah merupakan produk alternatif yang dicipta bagi memberi perlindungan muka cerun yang lebih mudah, kukuh serta mesra alam sekitar. Manakala Papan Tanda Sementara (Smart Sign) adalah merupakan papan tanda sementara mudah kendali yang digunakan sebagai tanda pemberitahuan dan amaran kepada pengguna jalan raya semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak.

Semoga dengan penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada warga Jabatan Kerja Raya yang lain untuk membudayakan inovasi dalam melaksanakan kerja seharian serta menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi yang dapat memberi impak besar ke atas kehidupan seharian.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua perekacipta serta urus setia yang terlibat. Diharap semoga usaha yang berterusan ini mendapat hasil yang bermanfaat untuk JKR secara keseluruhannya.

 

Views: 1159