PENTAULIAHAN LEAD ASSESSOR ISO/IEC 17025:2017 – GENERAL REQUIREMENTS FOR THE COMPETENCE OF TESTING AND CALIBRATION LABORATORIES

JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS PENYELIDIKAN DAN POSTER PENYELIDIKAN DI 4th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2022
30 December 2021
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
17 January 2022
Show all

PENTAULIAHAN LEAD ASSESSOR ISO/IEC 17025:2017 – GENERAL REQUIREMENTS FOR THE COMPETENCE OF TESTING AND CALIBRATION LABORATORIES

PENTAULIAHAN LEAD ASSESSOR ISO/IEC 17025:2017 – GENERAL REQUIREMENTS FOR THE COMPETENCE OF TESTING AND CALIBRATION LABORATORIES

Selaras dengan program pembangunan makmal, inisiatif di bawah perluasan skop dan pembangunan pengurusan ISO/IEC 17025:2017 iaitu keperluan umum bagi kompetensi pengujian dan kalibrasi makmal diteruskan dengan melatih pegawai-pegawai yang kompeten di dalam keperluan piawaian tersebut. Sehubungan itu, bagi meneruskan pembangunan kompetensi, pada 12 – 16 Julai lepas, seramai dua (2) orang pegawai JKR yang terdiri daripada pegawai penyelidik di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah terpilih menjalani kursus Lead Assessor ISO/IEC 17025 anjuran SIRIM dan dengan jayanya telah diiktiraf sebagai Lead Assessor ISO/IEC 17025:2017.

Satu majlis penyampaian sijil pentauliahan kepada pegawai JKR tersebut yang berjaya diiktiraf sebagai Lead Assessor ISO/IEC 17025:2017 telah diadakan di CREaTE pada 10 Disember 2021 (Jumaat) yang disampaikan oleh Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK) dan diiringi oleh Ir. Sarina binti Ismail, Ketua Makmal Penyelidikan Struktur, Konkrit dan Alam Sekitar merangkap Pengurus Kualiti Makmal CREaTE.

Syabas diucapkan kepada pegawai-pegawai JKR berikut yang telah ditauliahkan sebagai Lead Assessor ISO/IEC 17025:2017 :

  1. Mohd Hishamudin bin Abd Razak (Jurutera Awam, J44)
  2. Dr. Siti Nor Azila binti Khalid (Jurutera Mekanikal, J41)

Semoga dengan pencapaian ini, program pembangunan makmal dan pengujian di CREaTE dapat dipertingkatkan dan diteruskan lagi bagi mencapai piawaian antarabangsa selaras dengan hasrat JKR untuk menjadikan CREaTE sebagai pusat penyelidikan dan pengujian yang disegani.

Views: 381