PENCARIAN PENCERAMAH (SWASTA) UNTUK KURSUS KOMPETENSI TEKNIKAL BAGI PELAN OPERASI LATIHAN (POL) UNTUK TAHUN 2021 CREaTE, JKR MALAYSIA

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN PERALATAN MEKANIKAL ELEKTRIKAL DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA
19 April 2021
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI TERIMA DAN MENYENGGARA MESIN SERTA PERALATAN BAGI KAJIAN PEMBANGUNAN BLOK INTERLOK RINGAN DAN PANEL DARI KONKRIT BERBUSA DAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN DI MALAYSIA UNTUK PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE) JKR, ALOR GAJAH, MELAKA.
29 April 2021
Show all

PENCARIAN PENCERAMAH (SWASTA) UNTUK KURSUS KOMPETENSI TEKNIKAL BAGI PELAN OPERASI LATIHAN (POL) UNTUK TAHUN 2021 CREaTE, JKR MALAYSIA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.  Untuk makluman, Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK) CREaTE ingin membuka peluang kepada tuan/puan (bukan warga JKR) untuk menjadi salah seorang penceramah bagi Pelan Operasi Latihan (POL) CREaTE JKR.

3.  Pencarian ini adalah bertujuan untuk mencari bagi penceramah kursus-kursus Kompetensi Teknikal yang akan dijalankan sepanjang tahun 2021 dan pada masa akan datang di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE).

4.  Sekiranya berminat, tuan/puan diminta untuk mengisi borang permohonan beserta salinan Curriculum Vitae (CV) melalui pautan dan mengikut disiplin berkaitan seperti berikut:

BIL DISIPLIN PAUTAN (LINK)
1 DISIPLIN  AWAM https://forms.gle/6tut58AUJoL53BUB8
2 DISIPLIN ELEKTRIK https://forms.gle/ZrRjoD3QeHnX7wPw8
3 DISIPLIN MEKANIKAL https://forms.gle/jaYm9jqryPPTHLgF9
4 DISIPLIN ARKITEK https://forms.gle/qdE4Njq5WEaju1ga6
5 DISIPLIN UKUR BAHAN https://forms.gle/UkrRZNRFUNLr2Jec8
6 DISIPLIN UKUR BANGUNAN https://forms.gle/6jFCK9gCe5YjhtTg9
7 DISIPLIN GENERIC (SEMUA DISIPLIN) https://forms.gle/hLgYLiNoFdHH5Lux8

*Untuk mengisi borang ini, tuan/puan hendaklah mempunyai akaun gmail bagi tujuan Login dan memuat naik (upload) salinan Curriculum Vitae (CV)** bagi semakan selanjutnya. (**format file pdf)

5.     Untuk makluman tuan/puan, bayaran penceramah adalah berdasarkan syarat dan kelayakan tuan/puan mengikut Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 seperti berikut:

DIPLOMA / SIJIL SARJANA MUDA SARJANA Ph.D
RM 100 SEJAM RM 200 SEJAM RM 300 SEJAM RM 400 SEJAM

6.      Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai. Untuk makluman tarikh tutup permohonan pada 21 Mei 2021. Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Views: 1484