PEMBAHARUAN SKIM AKREDITASI MAKMAL MALAYSIA (SAMM) BAGI CREaTE DARI JABATAN STANDARD MALAYSIA

LAWATAN KERJA JABATAN KERJA RAYA SARAWAK KE MAKMAL PENYELIDIKAN ELEKTRIK (MPE), BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN (BIPPK) PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREATE)
17 October 2022
JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 5th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2023
5 January 2023
Show all

PEMBAHARUAN SKIM AKREDITASI MAKMAL MALAYSIA (SAMM) BAGI CREaTE DARI JABATAN STANDARD MALAYSIA

Sesi Penilaian Semula (Re-Assessment) MS ISO/IEC 17025:2017 daripada Panel Penilai, Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Jun 2022. Penilaian ini bertujuan untuk memperbaharui tempoh akreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bagi Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Makmal-makmal yang terlibat semasa sesi penilaian tersebut adalah terdiri daripada Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), Makmal Penyelidikan Geoteknik (MPG), Makmal Penyelidikan Struktur & Konkrit dan Alam Sekitar (MPSKAS), Makmal Penyelidikan Mekanikal (MPM) dan Makmal Penyelidikan Jalan (MPJ).

Kesemua ketidakpatuhan (NCR) telah diambil tindakan pembetulan oleh makmal-makmal berkaitan dan ditutup sebelum tarikh akhir iaitu pada 26 September 2022.

Susulan dari itu, CREaTE telah berjaya memperbaharui tempoh akreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) melalui surat yang telah dikeluarkan oleh JSM pada 7 Oktober 2022 berkuatkuasa dari 26 September 2022 hingga 1 Disember 2025.

Skop pengujian yang telah diakreditasi mengikut makmal penyelidikan yang terlibat adalah seperti di jadual berikut:

Maklumat lengkap status akreditasi bagi makmal-makmal penyelidikan di CREaTE boleh dirujuk di lawan sesawang www.jsm.com.my.

Berikut juga dilampirkan bersama surat daripada JSM dan sijil-sijil akreditasi daripada makmal-makmal berkaitan.

Views: 645