Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 kini di Peringkat Kedua iaitu Penilaian Kompetensi oleh Panel Penilai. Semua calon yang telah mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal adalah dijemput untuk menghadiri Sesi Temuduga bagi melengkapkan proses Peringkat Kedua ini.
Sesi Temuduga Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 akan bermula pada hari Khamis 23 Jun 2022 sehingga hari Rabu 13 Julai 2022. Jadual temuduga akan diedarkan melalui e-mel kepada semua calon.
Maklumat Penting
1. Semua calon diingatkan untuk membuat semakan Jadual Temuduga yang telah ditetapkan, terutamanya maklumat yang berkaitan tarikh, masa dan lokasi bagi memastikan sesi temuduga ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur;
2. Temuduga akan dijalankan secara fizikal (bersemuka) sepenuhnya di pusat temuduga sepertimana yang dinyatakan di dalam Jadual Temuduga; dan
3. Calon akan dimaklumkan melalui emel dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Jadual Temuduga.
4. Berikut adalah panduan menghadiri sesi temuduga untuk rujukan calon-calon;
5.Semasa sesi temuduga, Panel Penilai akan menilai kompetensi calon berdasarkan kepada Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang merangkumi ketiga-tiga komponen Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap, iaitu
i. Pengetahuan: Pengetahuan teknikal dalam bidang berkenaan;
ii. Kemahiran: Dalam konteks pensijilan ini, kemahiran adalah kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan teknikal dan pengurusan dalam melaksana tugasan dengan mencapai hasil yang ditentukan dalam masa dan sumber ditetapkan; dan
iii. Sikap: Kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap idea, objek, orang atau keadaan tertentu.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022, sila berhubung dengan pihak urus setia di nombor talian yang tertera di bawah;
Urus Setia | No. Telefon | |
Puan Syariza Binti Mohamad Azidin | 06-5512208 | syariza [a] jkr.gov.my |
Puan Norsa’adah Binti Haji Shamsudin | 06-5512298 | Norsaadah [a] jkr.gov.my |
Semoga Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini akan terus meletakkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi teknikal Kerajaan yang unggul dan terulung.
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr [a] jkr.gov.my
Views: 869
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |