PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023

TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH KANAN CREaTE
8 February 2023
SALAM PERSARAAN ENCIK NAZLIM BIN ABU, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, MAKMAL PENYELIDIKAN JALAN, BIPPK CREaTE
28 February 2023
Show all

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2023 telah bersidang dan mengesahkan calon-calon yang berjaya seterusnya layak untuk menghadiri sesi taklimat dan bengkel permurnian laporan. Senarai calon yang berjaya adalah seperti berikut:

SENARAI NAMA CALON BERJAYA PERMOHONAN

MAKLUMAT PENTING

Calon wajib menghadiri kedua-dua sesi yang telah ditetapkan oleh urusetia. Sesi pertama yang akan dijalankan pada 1 Mac 2023 adalah sesi taklimat dan kursus bersama pihak BEM dan urusetia. Manakala, sesi kedua pada 28 – 29 Mac 2023 adalah bengkel permurnian laporan.

Bagi peserta yang tidak dapat menghadiri kedua-dua sesi yang telah ditetapkan ini, sila kemukakan Surat Tunjuk Sebab yang ditandatangani oleh Pengarah Cawangan/Negeri dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh akhir program. Untuk makluman, selaras dengan SAKPKR Bil. 15/2015 – Tindakan ke Atas Ketidakhadiran Latihan di Bawah Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan, pihak tuan diminta mengambil perhatian dan mematuhi segala peraturan.

Surat jemputan dijangka akan dikeluarkan pada 22 Februari 2023.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2023, sila berhubung dengan pihak Urus Setia seperti nombor talian di bawah:

Nama Emel No. telefon
En. Mohd Zaidi bin Ab Mutalif mzaidi [a] jkr.gov.my 06 – 5512291
Norasyikin binti Khamis norasyikink [a] jkr.gov.my 06 – 5512276
Yunurul Atika binti Yahya yunurul [a] jkr.gov.my 06 – 5512280

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA
PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023

Views: 3006