Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,
PEMAKLUMAN CALON BERJAYA BAGI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2022
Sukacita dimaklumkan bahawa sesi temuduga bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 telah pun selesai dilaksanakan dari 23 Jun 2022 sehingga 18 Julai 2022. Jawatankuasa Perakuan Pensijilan bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 juga telah bersidang pada 11 Ogos 2022 dan telah memperakukan keputusan kesemua calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang berjaya.
Oleh yang demikian, pihak Urus Setia Pensijilan amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa senarai calon yang layak untuk menerima penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 adalah seperti di pautan berikut;
Kerjasama daripada kesemua calon yang berjaya adalah dipohon untuk menyemak nama dan butiran masing-masing di pautan tersebut dan memaklumkan sebarang pindaan kepada pihak Urus Setia Pensijilan selewat-lewatnya pada hari Isnin 22 Ogos 2022. Maklumat tersebut akan diguna pakai dalam penyediaan sijil dan buku program bagi Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Tahun 2022 yang dijangka akan diadakan pada bulan September 2022. Sekiranya pihak Urus Setia tidak menerima sebarang maklumbalas pada tarikh berkenaan, maklumat di dalam Sistem My-KJ akan dirujuk.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022, sila berhubung dengan pihak Urus Setia Pensijilan di nombor talian yang tertera di bawah;
Urus Setia | No. Telefon | |
Puan Syariza Binti Mohamad Azidin | 06-5512208 | syariza@jkr.gov.my |
Puan Norsa’adah Binti Haji Shamsudin | 06-5512298 | Norsaadah@jkr.gov.my |
Semoga Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini akan terus meletakkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi teknikal Kerajaan yang unggul dan terulung.
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr@jkr.gov.my
Views: 4308
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |