PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2020

JKR MALAYSIA UNGGULI iCompEx’ 2020. SYABAS PEREKA CIPTA JKR!!
22 Julai 2020
Show all

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2020 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.

Program pensijilan ini terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia. Sila klik di pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program dan borang permohonan kompetensi yang ditawarkan :

  1. Tadbir Urus
  2. Syarat-syarat Kelayakan Pensijilan
  3. Kaedah Pelaksanaan Pensijilan
  4. Borang Permohonan
  5. Senarai Semak
  6. Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia

JKR Malaysia mempelawa semua pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dokumen Piawaian Kompetensi mengikut disiplin dan kompetensi masing-masing. Sila klik pada pautan kompetensi seperti berikut :

Bil.DisiplinKompetensi
1. AwamKejuruteraan Jalan
Keselamatan Jalan
Kejuruteraan Lapangan Terbang
Kejuruteraan Pengangkutan Darat
Kejuruteraan Maritim
Kejuruteraan Jambatan
Senggara Fasiliti Jalan
Kejuruteraan Cerun
Alam Sekitar
Kejuruteraan Struktur Bangunan & Rekabentuk Struktur
Kerja Sivil
Kejuruteraan Geoteknik
Forensik Struktur
Kejuruteraan Bekalan Air
Pengurusan Permintaan Bekalan Air
2.MekanikalKejuruteraan Bunyi & Getaran
Kejuruteraan Forensik Mekanikal
Kejuruteraan Kuari
Kelestarian Sistem Mekanikal
Sistem Pencegah Kebakaran
Sistem Penyaman Udara
Kejuruteraan Sistem Perubatan
Sistem Automasi Bangunan
Sistem Bekalan Air Dalaman dan Sanitari
Sistem Lif & Eskalator
Pengurusan dan Kejuruteraan Worksyop
Sistem Pengurusan Tenaga
3.ElektrikElectrical System Engineering
Lightning & Surge Protection System
Power Protection System & Electrical Safety
Biomedical Engineering
Power Quality (Electrical)
Forensic Engineering (Electrical)
llumination Engineering
Security System
Audio System
SMATV and Visual System
Data Centre and System Design
Network System Technologies
Signaling and Communication System
Telecommunication
Energy Efficiency (Electrical)
Renewable Energy (Electrical)
4.ArkitekForensik Senibina
Hiasan Dalaman
Konservasi Bangunan
Multimedia Senibina
Perancangan Fasiliti Kesihatan
Perancangan Senibina Keselamatan
Rekabentuk Perbandaran Lestari
Rekabentuk Sejagat
Senibina Landskap
Senibina Lestari
5. Ukur BahanPengurus Kos Pembinaan
Pengukuran Kuantiti Kerja Bangunan
Pengurus Perolehan
Pengurus Pentadbiran Kontrak
Pengurus Tuntutan Kontrak
Pengukuran Kuantiti Kerja Awam
6. PelbagaiBuilding Information Modelling (BIM) – Modeller
Building Information Modelling (BIM) – Coordinator
Building Information Modelling (BIM) – Manager

Borang-borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil kelulusan akademik, sijil kursus wajib dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dan sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum 12 Ogos 2020 ke alamat berikut :

Urus Setia Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia
Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK)
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah Melaka

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2020, sila hubungi :

Nama Emel No. Telefon
Ir. Dr. Hannerita binti Mohamad Zainal hannerita [a] jkr.gov.my 06-5512209
019-3553463
Mohd. Shukri bin Dolah MShukriD [a] jkr.gov.my 06-5512296

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Emel : pensijilanjkr.jkr [a] 1govuc.gov.my

Views: 67