MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2020 (MTE 2020)

JKR BIM DAY – BIM : EMPOWERING DIGITAL CONSTRUCTION
3 Mac 2020
PENANGGUHAN PROGRAM JKR BIM DAY 2020 PADA 31 MAC 2020
17 Mac 2020
Show all

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2020 (MTE 2020)

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah melakarkan kejayaan yang membanggakan dalam Malaysia Technology Expo 2020 (MTE 2020) yang telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur 20 – 22 Februari 2020.

Bagi kategori Public Sector Innovation Awards (PSIA), JKR telah berjaya memenangi satu (1) Gold Award dan dua (2) Silver Award. Manakala bagi pertandingan Invention and Innovation Awards (IIA), kesemua tiga (3) produk JKR Malaysia telah berjaya memenangi Silver Award. Lebih membanggakan, JKR Malaysia juga mendapat satu (1) Anugerah Khas dari Associaton of British Inventors and Innovator.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua perekacipta JKR Malaysia yang terlibat. Terima kasih juga kepada Urusetia JKR Malaysia dari Unit Inovasi Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dalam menguruskan penyertaan dan penglibatan JKR Malaysia ke pameran ini. Adalah diharapkan pencapaian ini dapat menyemarakkan budaya berinovasi yang berterusan di dalam JKR Malaysia.

Berikut adalah butiran pemenang pingat di MTE 2020:

Anugerah Khas (Associaton of British Inventors and Innovators)
Smart Traffic Analytic & Recognition System (S.T.A.R.S.) – Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan
Public Sector Innovation Awards (PSIA) Competition
Gold MedalSmart Traffic Analytic & Recognition System (S.T.A.R.S.) – Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan
Silver MedalF-Flex – Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Thermal Socket – Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Sembilan
Invention and Innovation Awards (IIA) Competition
Silver MedalF-Flex – Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Thermal Socket – Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Sembilan
Smart Traffic Analytic & Recognition System (S.T.A.R.S.) – Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan

Views: 152