Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018)

Seminar on Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) Project: Knowledge Sharing
28 February 2018
Notis Sebutharga Mengendali Kafeteria
6 March 2018
Show all

Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018)

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2018 (MTE 2018)

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sekali lagi telah melakarkan nama dalam siri pameran inovasi di mana pada pameran Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018) yang telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur 22 – 24 Februari 2018 , produk inovasi JKR Malaysia sekali lagi telah diiktiraf oleh Panel Juri Penilai.

Daripada empat (4) produk inovasi JKR Malaysia yang dipamer dan dipertandingkan, dua (2) produk telah memenangi Gold Award, satu (1) produk memenangi Silver Award dan satu (1) memenangi Bronze Award

Tahniah diucapkan kepada semua perekacipta JKR Malaysia yang terlibat serta usaha Urusetia JKR Malaysia dari Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dalam memastikan penyertaan dan penglibatan JKR Malaysia dalam pameran ini dapat terlaksana dengan jayanya.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian ini. Adalah diharapkan pencapaian ini dapat menyemarakkan budaya berinovasi yang berterusan di dalam JKR Malaysia, menambah mutu penyampaian perkhidmatan jabatan seterusnya menyokong dasar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Berikut adalah butiran pemenang pingat di MTE 2018

Special Award

     1. Most Visitor Friendly Booth – JKR

     2. The Best Award- Leakage Current Detaction Device – JKR Perak.

Gold Medal

    1. Finger Activated Pedestrian Controller – JKR Pahang

    2. Leakage Current Detection Device – JKR Perak

Silver Medal

    1. Intelligent Equipment Mechanical (IE Mech) – JKR Selangor

Bronze Medal

    1.    An apparatus to support a mechanical device- CKM

Views: 620