MAJLIS PENYAMPAIAN PIALA DAN MOCK UP CHEQUE KEPADA PEMENANG KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2021
14 April 2022
NOTIS SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERISIAN ELMOD 6 DAN PERKAKASAN BERKAITAN DI MAKMAL PENYELIDIKAN JALAN, BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
18 April 2022
Show all

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN MODERATOR DESIGN THINKING JKR TAHUN 2021

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN MODERATOR DESIGN THINKING JKR TAHUN 2021

Program Moderator Design Thinking adalah salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) yang ditetapkan di dalam pengukuran T5.3.1 Tema 5 Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2021-2025. Program ini juga merupakan KPI Pengarah Cawangan Ibu Pejabat dan JKR Negeri di dalam pengukuran T5.3.1 Tema 5 Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2021-2025. Program inimelibatkan kerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bagi mengiktiraf dan seterusnya mentauliahkan Moderator Design Thinking JKR.

Seramai lima (5) orang warga JKR telah diiktiraf sebagai Moderator Design Thinking JKR Malaysia bagi tahun 2021. Sijil Pengikitirafan Moderator Design Thinking JKR Malaysia Tahun 2021 telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, pada 16 Mac 2022, bertempat di Ruang Legar Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Senarai Moderator Design Thinking JKR Malaysia Tahun 2021 adalah seperti berikut:

Bil Nama Pejabat
1. Ir. Siti Norleha binti Rasid Cawangan Kerja Kesihatan
2. Noriha binti Awang Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
3. Sr. Dr. Syamilah binti Yacob Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
4. Mohd Hairuddin bin Hamdan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
5. Mohd Daud bin Osman JKR Daerah Kerian, Perak

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) melalui Unit Inovasi Kejuruteraan telah menganjurkan Bengkel Moderator Design Thinking JKR Malaysia Tahun 2021 bertempat di CREaTE JKR pada
11 hingga 14 Oktober 2021(Siri 1) dan 9 hingga 12 November 2021(Siri 2) bagi melatih lima (5) Moderator Design Thinking tersebut.

Moderator Design Thinking akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan pengurusan Harta Intelek, strategi pengkomersialan inovasi dan pemikiran kreatif, di samping melatih secara hands-on teknik penjanaan idea, penyediaan prototaip dan penyelesaian masalah menggunakan kaedah Design Thinking.

Penceramah jemputan adalah daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Universiti Putra Malaysia (UPM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Prof. Adj Ts. Mohd Azra’i bin Shu’ib (Mantan Pengurus Besar Technology Park Malaysia).

Diharapkan agar Moderator Design Thinking yang telah dilatih ini akan menjadi pemangkin di organisasi masing-masing dalam mencetus penyelesaian secara sistematik dan di luar kotak.

Views: 435