HAK PEMILIKAN UTILITY INNOVATION BAGI PRODUK MEDIAN NIGHT REFLECTOR POST
11 April 2022
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN MODERATOR DESIGN THINKING JKR TAHUN 2021
14 April 2022
Show all

MAJLIS PENYAMPAIAN PIALA DAN MOCK UP CHEQUE KEPADA PEMENANG KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2021

MAJLIS PENYAMPAIAN PIALA DAN MOCK UP CHEQUE KEPADA PEMENANG KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA
TAHUN 2021

Majlis Penyampaian Piala dan Mock Up Cheque kepada Pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2021 telah diadakan pada 16 Mac 2022, bertempat di Ruang Legar Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk meraikan pemenang-pemenang Konvensyen KIK JKR Tahun 2021 bagi kategori teknikal dan pengurusan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Turut hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) serta Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan dan Pengarah Negeri yang terlibat.

Bertemakan Innovate to Inspire”, Konvensyen KIK JKR tahun 2021 telah menerima penyertaan sebanyak 24 kumpulan bertanding di bawah Kategori Teknikal dan 12 kumpulan bertanding di bawah Kategori Pengurusan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah. Sesi penilaian produk KIK telah diadakan pada 27 hingga 29 September 2021. Manakala, Majlis Perasmian dan Pengumuman Pemenang Konvensyen KIK telah diadakan pada 7 Oktober 2021 secara virtual dan disiarkan secara langsung melalui YouTube CREaTE JKR Channel  dan FB CREaTE. Berikut adalah senarai pemenang kategori utama:

KATEGORI PENGURUSAN

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN PUTRA EXTREME JKR W.P. Putrajaya Information Performance Facility Contract (IR-PERFACT)
NAIB JOHAN PRISMA Cawangan Kejuruteraan Elektrik,  JKR Kedah JKR Integrated Maintenance Monitoring System (JIMMS)
TEMPAT KE-3 DOIT Cawangan Kerja Kesihatan Electronic Customer Satisfaction Index (eCSI)

KATEGORI TEKNIKAL

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN PINTAR JKR Daerah Segamat, Johor Easy Info Flood Level (EIFL)
NAIB JOHAN I-KON Cawangan Kejuruteraan Elektrik , JKR Kelantan Maintenance Cable Protector (MCP)
TEMPAT KE-3 FIVE SENSES Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Speed Sign with IoT Radar Sensor

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2021.

Views: 347