MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022

KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2022
22 September 2022
TALKSHOW & CERAMAH INOVASI JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA 2022
14 October 2022
Show all

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022

This image has an empty alt attribute; its file name is image-27.png

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022

Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 telah diadakan buat kali ke-7 pada hari Khamis, 22 September 2022 di Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Majlis tersebut telah diadakan dalam suasana yang meriah dan gilang gemilang buat pertama kali dalam fasa pasca pandemik dan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi JKR Malaysia, ketua-ketua jabatan JKR Cawangan Ibu Pejabat dan JKR Cawangan Negeri, Pemilik Kompetensi, Panel Penilai, para penerima pensijilan serta warga kerja CREaTE. Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini diadakan bagi memberi pentauliahan kepada Jurutera, Arkitek dan Juruukur Bahan, berdasarkan kepada pengalaman, kemahiran dan kepakaran tertentu, yang telah menepati piawaian pensijilan JKR.

Pihak CREaTE berasa amat berbesar hati di atas kesudian YBhg. Dato’ Seri KPKR menyampaikan sijil-sijil bagi Pensijilan Kompetensi Teknikal Tahap 4, Pensijilan Value Manager, Sijil Penghargaan Panel Penilai yang diwakili oleh Ketua-Ketua Disiplin, dan penyampaian secara simbolik Pensijilan Pengurus Projek Pembinaan (Certified Construction Project Management – CCPM) kepada YBrs. Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB). Penyampaian Pensijilan Tahap 3 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, Sektor Bangunan dan Sektor Pakar, manakala Pensijilan Tahap 2 telah disampaikan oleh Ketua Disiplin Awam, Mekanikal, Elektrik, Arkitek, Ukur Bahan dan Pelbagai.

Maklumat penuh majlis boleh didapati di dalam:

Semoga dengan penganugerahan ini pegawai JKR akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan lagi potensi dan prestasi mereka dalam bidang teknikal mahupun sahsiah diri. Diharapkan majlis anugerah ini akan menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada pegawai-pegawai yang lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Pihak Urus Setia Pensijilan Tahun 2022 bagi pihak CREaTE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022. Semoga Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini akan terus meletakkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi teknikal kerajaan yang unggul dan terulung.

Layari laman sosial CREaTE di Facebook, Twitter dan YouTube untuk berita penuh dengan menekan link pautan berikut:

Facebook CREaTE

Twitter CREaTE

Youtube-Montaj Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal JKR Tahun 2022

Youtube-Montaj Panel Penilaian Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Tahun 2022

Youtube-Montaj Penerima Sijil Kompetensi Teknikal JKR Tahun 2022

Views: 353