Majlis pelancaran Program Integriti, EKSA, dan Pembangunan Lestari serta Gotong Royong Perdana CREaTE 2017

Senarai Produk Inovasi Jkr Ke Pameran Itex 2017
3 May 2017
Aturcara Seminar Lessons Learned: Projek Fasiliti Kesihatan & Hospital
1 June 2017
Show all

Majlis pelancaran Program Integriti, EKSA, dan Pembangunan Lestari serta Gotong Royong Perdana CREaTE 2017

Majlis pelancaran Program Integriti, EKSA, dan Pembangunan Lestari serta Gotong Royong Perdana CREaTE 2017 telah berlangsung pada 11 Mac 2017 bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Majlis telah dihadiri oleh tetamu kehormat YBrs. Ir. Abdul Mutalif Bin Abdul Hameed, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan CREaTE  mewakili YBrs. Ir. Dr. Che Hassandi Bin Abdullah, Pengarah Kanan CREaTE diiringi oleh Ir. Fithry Bin Mohd Amir, Ketua Bahagian Pengurusan Aset Dan Korporat CREaTE,  Ir. Abdul Muiez Bin Abdullah, Ketua Kompetensi, Komunikasi Dan Business Development CREaTE dan pegawai-pegawai CREaTE serta para jemputan.

Majlis dimulakan sekitar 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan perasmian yang telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Abdul Mutalif Bin Abdul Hameed. Di dalam ucapan perasmian tersebut, beliau menyatakan Integriti adalah tuntutan asas dalam menentukan tadbir urus yang bersih, cekap dan amanah serta mendukung budaya pentadbiran yang telus, adil dan saksama. Kesedaran, penghayatan dan amalan integriti secara konsisten akan membantu dan membina sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya.

JKR telah memulakan langkah menuju kearah Pembangunan Lestari. Melalui kerangka strategik JKR 2016-2020 dengan Tema, Memacu kelestarian. Pelbagai inisiatif kelestarian dan strategi telah dirancang bagi memantapkan pembangunan lestari.

Menyentuh EKosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), beliau menyatakan EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang sedia ada oleh pihak MAMPU. Adalah menjadi hasrat kita untuk melihat persekitaran kerja di CREaTE berada di dalam keadaan yang teratur, bersih, selesa dan bersistematik. Usaha ini juga adalah selaras dengan keperluan Penilaian Indeks Penarafan Bintang (SSR), yang mana EKSA adalah sebagai salah satu kriteria yang perlu dipenuhi oleh semua agensi yang terdapat di bawah Kementerian Kerja Raya.

CREaTE adalah satu pusat latihan yang agak besar dan usaha untuk menjadikan pusat ini berada di dalam persekitaran yang kondusif adalah satu usaha yang agak mencabar. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan di CREaTE telah membahagikan kepada sembilan (9) zon bersama ahli jawatankuasa zon yang berperanan untuk menjayakan perlaksanaan EKSA. Di peringkat pusat pula, terdapat satu jawatankuasa induk yang berperanan untuk menyelaras kesemua zon-zon yang terdapat di CREaTE.

Majlis diteruskan dengan upacara gimik perasmian, bacaan Ikrar Integriti serta tayangan montaj dan disusuli dengan penyerahan nota pelaksanaan kepada ketua jawatankuasa zon. Majlis diakhiri dengan upacara pelancaran program gotong-royong perdana 2017 sebagai penutup masjlis perasmian.

 

Views: 1827