MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PENTAULIAHAN LEAD ASSESSOR ISO/IEC 17025:2017 – GENERAL REQUIREMENTS FOR THE COMPETENCE OF TESTING AND CALIBRATION LABORATORIES
6 January 2022
KOD QR BAGI E-BOOK TAKWIM PELAN OPERASI LATIHAN TAHUN 2022
25 January 2022
Show all

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, Johor Bahru, Johor pada 13 Januari 2022.


Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Rosli bin Md. Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM dan YBrs Ir. Razhiah binti Wahab, Pengarah Kanan CREaTE.

Turut sama menandantangani MoU tersebut adalah YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE dan YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Md. Pauzi bin Abdullah, Pengarah, Centre of Electrical Energy Systems (CEES), UTM.

Hadir di majlis tersebut ialah Prof. Ir. Dr. Mohd Wazir bin Mustafa, Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE), UTM dan Ir. Dr. Mohamed Shahriman bin Mohamed Yunus, Ketua Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), BIPPK, CREaTE serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua pihak.

MoU ini adalah khusus untuk jalinan kerjasama strategik antara Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), BIPPK CREaTE bersama Centre of Electrical Energy Systems (CEES) UTM yang merangkumi kolaborasi penyelidikan, perkongsian fasiliti kejuruteraan, penerbitan journal/conference, penyeliaan pelajarperingkat Master dan PhD, latihan dan juga pengujian peralatan dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Semoga kolaborasi di antara CREaTE dan UTM akan dapat meyumbang dan menyokong pelan pembangunan negara selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan agenda Wawasan Kemakmuran Negara 2030.

Views: 541