LANJUTAN TARIKH PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2021

Pengumuman Penting : Lanjutan Tarikh Tutup Permohonan PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2021
31 May 2021
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN PERALATAN MEKANIKAL ELEKTRIKAL DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA (TAWARAN SEMULA)
10 June 2021
Show all

LANJUTAN TARIKH PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2021

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Sehubungan dengan itu, semua Warga JKR adalah dipelawa untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Tahun 2021 yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2021.

Butiran ringkas Konvensyen KIK JKR 2021 adalah seperti berikut:

i) Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR. Setiap Kumpulan KIK hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang;

ii)Kumpulan KIK dikehendaki mengisi borang penyertaan secara atas talian di pautan https://form.jotform.com/210268013598052 atau mengimbas
QR Code yang tertera di bawah. Selain daripada itu, peserta perlu mengemukakan laporan komprehensif projek serta dokumen berkaitan, sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan, kepada sekreteriat program selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021 16 Ogos 2021; dan

iii) Setiap ahli kumpulan KIK perlu membaca garis panduan yang disertakan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan syarat penyertaan Konvensyen KIK.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi sekreteriat program seperti di bawah:

Nama Emel No. Telefon
Jaini bin Kayapis jaini@jkr.gov.my 06-551 2253
Siti Farah Aiman binti Md Sopian farahaiman@jkr.gov.my 06-551 2269
Mohamad Fadlizuha bin Mahat fadlizuha @jkr.gov.my 06-551 2260

Sekian, terima kasih

Views: 428