Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Tahun 2017

Program Jejak Inovasi JKR 2017
27 February 2017
Roundtable Discussion on The Proposal of The Development and Implementation of Sustainability Rating Tool for Infrastructure and Cities in Malaysia
23 March 2017
Show all

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Tahun 2017

Program Konvensyen KIK JKR Tahun 2017 bertujuan menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di JKR akan diadakan bermula pada tarikh iklan ini dikeluarkan seperti butiran berikut;

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan
  1. Semua borang penyertaan KIK daripada pejabat Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada pihak urus setia iaitu Unit Inovasi Kejuruteraan, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuuteraan (BIPPK), CREaTE JKR selewat-lewatnya pada 31 Mac 2017
  1. Laporan ringkas projekhendaklah sampai kepada pihak urus setia sebelum 30 Jun 2017
  1. Laporan lengkap bagi setiap kumpulan hanya perlu dikemukakan oleh kumpulan yang melepasi peringkat saringandan layak ke peringkat akhir pada hari Konvensyen KIK sahaja.
  1. Setiap ahli kumpulan KIK hendaklah membaca garis panduan yang disertakan untuk keterangan lanjut berkenaan dengan keperluan penyertaan Konvensyen KIK ini.

Semua kakitangan JKR Cawangan / Bahagian / Negeri / Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program ini dengan mengemukakan Borang seperti di Lampiran J3 (Garis Panduan Konvensyen KIK JKR 2017) kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 31 Mac 2017 melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC / KPPiB / KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:

Ketua,
Unit Inovasi Kejuruteraan
Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan,
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah, Melaka.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program KIK JKR Tahun 2017, sila hubungi:

Shahril Bin Azizi:
(T): 06-551 2232 samb (1030)
(E): shahrilazizi.jkr@1govuc.gov.my 

Sekian, terima kasih.

Views: 795