KEPUTUSAN SARINGAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JKR MALAYSIA 2019

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN LATIHAN DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA, ALOR GAJAH, MELAKA
15 July 2019
Sebutharga – Perkhidmatan Membangunkan JKR Research and Innovation Data Management System (Datams) Fasa 1, Di JKR Malaysia (Tawaran Semula)
15 August 2019
Show all

KEPUTUSAN SARINGAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JKR MALAYSIA 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2019 telah selesai diadakan di JKR Negeri Selangor pada 17 hingga 18 Julai 2019 yang lepas. Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir Ruslan Bin Abdul Aziz yang menyampaikan ucaptama aluan sebagai tuan rumah dan seterusnya  dirasmikan oleh YBrs. Encik Azhar Bin Mohamed, Pengurus Program selaku Pengarah Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti,  Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), mewakili YBrs. Dr. Maziah Binti Mohammad, Pengerusi Program Saringan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2019 (yang menjalankan tugas Pengarah Kanan CREaTE).

Sejumlah 50 kumpulan dari pelbagai Cawangan dan Negeri telah menyertai Sesi Saringan kali ini di mana 28 kumpulan bertanding di bawah Kategori Teknikal manakala baki 22 kumpulan bertanding di bawah Kategori Pengurusan. Sebanyak 5 kumpulan terbaik bagi setiap kategori telah terpilih bagi menyertai Pertandingan akhir Konvensyen KIK JKR Malaysia 2019 sempena Hari Inovasi Jabatan (HIJ) 2019 yang dijangka diadakan pada 30 hingga 31 Oktober 2019 di CREaTE, Melaka.

Kumpulan yang telah terpilih untuk menyertai Pertandingan akhir Konvensyen KIK JKR Malaysia 2019 adalah seperti berikut:

Kategori Teknikal

Nama Kumpulan Caw/Bah/Daerah Tajuk KIK
KINGS JKR Daerah Sepang, Selangor KINGS 2.0 Mini Road Sweeper
Ir SPU JKR Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang aFIR
JEMPRO JKR Daerah Jempol, Negeri Sembilan Penanda Banjir  
OMEGA Makmal Penyelidikan Mekanikal, CREaTE Return Air for Regenarative Energy (RARE)
Q-Produktif   JKR Daerah Pekan, Pahang Flagpod

Kategori Pengurusan


Nama Kumpulan
Caw/Bah/Daerah Tajuk KIK
INSTAR CDPK, IPJKR Sistem Latihan Industri (Internship)  
TEGUH CDPK, IPJKR Sistem I-Canfly
J-NIUS CKAS Permohonan dan Kelulusan Pembekal Sistem Kekuda Bumbung (JTRUSS)
EERE CKM, IPJKR JKR Energy Online System (JENOSYS)
BUDEE CKE, IPJKR BUDEE (Electrical Engineering Design Buddy)

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang telah layak ke peringkat akhir. Manakala  kumpulan yang lain, bakat dan komitmen yang ditunjukkan amatlah dihargai malah perlu dilipatgandakan segala daya usaha demi mengungguli pembudayaaan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan di JKR. Penambahbaikan setiap produk inovasi yang berpotensi hendaklah dilakukan secara berterusan agar dapat dimanfaatkan kepada seluruh warga kerja Jabatan.

Akhir kata, pihak Urus Setia dari CREaTE JKR merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada JKR Negeri Selangor dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Peneraju Tema 5 di atas segala kerjasama erat dalam menjayakan program Saringan Konvensyen KIK JKR Malaysia 2019 kali ini.

Views: 1230