Keputusan Pertandingan International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN 2020)

MAKLUMAN KAEDAH PELAKSANAAN SEMINAR FUTURE OUTLOOK ON ENGINEERED TIMBER PRODUCTS IN THE CONSTRUCTION INDUSTRY
9 October 2020
Program CREaTE Tech Talk (CTT)
6 November 2020
Show all

Keputusan Pertandingan International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN 2020)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan inovasi Lithium dari Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur kerana berjaya merangkul GOLD MEDAL dan TOP 10 BEST INVENTION AWARD  bagi produk inovasi F-Flex:  Flexible Joint for Rainwater Down Pipe yang dipertandingkan dalam  International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN 2020) pada 29 Ogos 2020 yang lalu.

F-flex adalah satu komponen fleksibel yang menghubungkan paip air hujan (rain water down pipe) ke paip pengedaran bawah tanah (underground distribution pipe). Tujuan utama produk F-flex ini dihasilkan adalah bagi mengatasi kerosakan pada sambungan struktur paip saliran air hujan yang disebabkan oleh masalah tanah mendap, dan menjadikan sambungan pada paip mudah lentur. Seterusnya, penghasilan produk F-flex ini diharapkan dapat mengurangkan kos pembinaan, dan penyelenggaraan sistem saliran paip air hujan.

Setinggi tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan Lithium:

Fasilitator

  1. Ir. Hjh. Atikah binti Abdul Hamid
  2. Ir. Hasrul Nizam bin Abdul Rahman

Ahli Kumpulan

  1. Noor Ezlyn binti Othman    
  2. Ir. Amir Asrol bin Ahmad Bangi
  3. Mohamed Firdaus bin Othman
  4. Rama Yadi bin Abd Rashid
  5. Mohd Raimi Nabil bin Abdul Razzaq
  6. Nur Adriana Hayani binti Adnan
  7. Fairuz Fariza binti Mat Noor
  8. Azlia binti Ahmad
  9. Faizal bin Yusuf
  10. Anis Mashitah binti Redzuan

Views: 607