KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2022

JEMPUTAN KE PROGRAM SPEAKER SERIES CREaTE TAHUN 2022 PADA 27 SEPTEMBER 2022
9 September 2022
MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022
28 September 2022
Show all

KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2022

KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2022

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program tahunan iaitu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2022 dengan penuh gilang gemilang pada 20 September 2022. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warga JKR, dan seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amnya serta jabatan khususnya.

Bertemakan Nurturing Excellence in Innovation”, Konvensyen KIK JKR pada tahun ini melibatkan 320 orang peserta daripada 39 kumpulan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah. Semua kumpulan ini telah membentangkan produk inovasi masing-masing secara fizikal di hadapan panel penilai, di antara 22 hingga 25hb Ogos 2022. Daripada 39 penyertaan, 24 kumpulan telah menampilkan inovasi di bawah Kategori Teknikal manakala, 15 kumpulan telah mempertaruhkan produk inovasi di bawah Kategori Pengurusan.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pemenang Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 20 September 2022 bertempat di Dewan Utama, CREaTE. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool​, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman.

Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu:

  1. Produk Inovasi (Kategori Teknikal);
  2. Produk Inovasi (Kategori Pengurusan);
  3. Video Pembentangan Terbaik;
  4. Poster Terbaik;
  5. Video Boomerang Terbaik; dan
  6. Penyertaan Terbanyak oleh Cawangan / JKR Negeri.

Johan Konvensyen KIK menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi dan mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Manakala, pemenang bagi kategori lain menerima sijil penghargaan.

Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori :

PRODUK INOVASI (KATEGORI TEKNIKAL)

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN PUTRATECH JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya GTECH 1.0
NAIB JOHAN KULAIFORNIA JKR Daerah Kulai, Johor Easy PnP Flexible Post
TEMPAT KE-3 LAVA ISLAND JKR Daerah Mersing, Johor Spot Movement Detector

PRODUK INOVASI (KATEGORI PENGURUSAN)

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN BRI-GNIUS Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Bridge Management System (JKR-BMS)
NAIB JOHAN ZNSS Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) & Cawangan Perancangan Aset Bersepadu SMART
TEMPAT KE-3 LIFT HUNTER Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Sistem Bersepadu Maklumat LIf (EZ-LIFT)

VIDEO PEMBENTANGAN TERBAIK

Nama Kumpulan Pejabat Kategori Penyertaan
PUTRAGENIO JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya   Pengurusan
ORTHO STELLAR Cawangan Kejuruteraan Cerun Pengurusan
BA2 Cawangan Kerja Bangunan Am 2 Pengurusan
REV-3 JKR Negeri Kelantan   Teknikal
MASTERMINE JKR Daerah Kota Tinggi, Johor   Teknikal
DE PETRIE JKR Daerah Johor Bahru, Johor   Teknikal

POSTER TERBAIK

Nama Kumpulan Pejabat
FAMILY FOUNDATION Cawangan Kejuruteraan Geoteknik  
G-PRAZZ JKR Daerah Jelebu, Negeri Sembilan  
SB-TECH JKR Daerah Sabak Bernam, Selangor  

VIDEO BOOMERANG TERBAIK

Nama Kumpulan Pejabat
ENDEAVOR JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
AUTO GO-LIVE Cawangan Kejuruteraan Mekanikal  
KB FIGHTER JKR Jajahan Kota Bharu, Kelantan  

PENYERTAAN TERBANYAK

Pejabat Bilangan Penyertaan Kategori Penyertaan
JKR Negeri Johor 5 Penyertaan 5 Teknikal

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang, penerima anugerah inovasi dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2022.

Ucapan Aluan oleh YBrs. Pengarah Kanan CREaTE
Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato’ Seri KPKR
Gimmick perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri KPKR
Johan Kategori Pengurusan
Naib Johan Kategori Pengurusan
Tempat Ketiga Kategori Pengurusan
Johan Kategori Teknikal
Naib Johan Kategori Teknikal
Tempat Ketiga Kategori Teknikal
Kumpulan Putragenio dari JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kumpulan Ortho Stellar dari Cawangan Kejuruteraan Cerun
Kumpulan BA2 dari Cawangan Kerja Bangunan Am 2
Kumpulan Rev-3 dari JKR Negeri Kelantan
Kumpulan Mastermine dari JKR Daerah Kota Tinggi, Johor
Kumpulan De Petrie dari JKR Daerah Johor Bahru, Johor
Kumpulan Family Foundation dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
Kumpulan G-Prazz dari JKR Daerah Jelebu, Negeri Sembilan
Kumpulan SB-Tech dari JKR Daerah Sabak Bernam, Selangor
Kumpulan Endeavor dari JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Kumpulan Auto Go-Live dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Kumpulan KB Fighter dari JKR Jajahan Kota Bharu, Kelantan
Pengarah JKR Johor menerima Anugerah Penyertaan KIK Negeri Terbanyak Tahun 2022
Urus Setia Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2022 bersama Pengarah Kanan CREaTE
Unit Inovasi Kejuruteraan, CREaTE

Views: 1012