KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA 2021

TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN BERMASAK ISLAM KEPADA PESERTA KURSUS SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA (TAWARAN SEMULA)
6 October 2021
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI TEKNIKAL 2021
25 October 2021
Show all

KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2021 telah diadakan secara HIBRID bagi menyahut seruan Kerajaan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19. Walaupun terdapat cabaran dalam penganjuran tersebut, Konvensyen KIK JKR Malaysia pada tahun ini tetap mendapat sambutan yang meriah daripada kalangan warga JKR.

Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warga JKR, seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amnya serta jabatan khususnya.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 7 Oktober 2021. Majlis Perasmian dan Pengumuman Pemenang Konvensyen KIK telah disiarkan secara langsung melalui  YouTube CREaTE JKR Channel dan FB CREaTE. Majlis tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=v_flycGz7jY

Bertemakan Innovate to Inspire”, Konvensyen KIK JKR tahun ini telah menerima sebanyak 36 penyertaan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah, di mana 24 kumpulan bertanding di bawah Kategori Teknikal dan baki 12 kumpulan bertanding di bawah Kategori Pengurusan.

Pada konvensyen kali ini, kumpulan KIK telah mempersembahkan hasil inovasi masing-masing kepada panel penilai secara pre-recorded video pada 27 hingga 29 September 2021. Manakala, sesi soal jawab di antara panel penilai dan kumpulan KIK telah dilaksanakan secara fizikal dengan kehadiran 3 wakil ahli kumpulan KIK dan baki ahli kumpulan hadir secara virtual.

Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan pada Konvensyen KIK pada tahun ini iaitu:

  1. Produk Inovasi (Kategori Pengurusan);
  2. Produk Inovasi (Kategori Teknikal);
  3. Video Pembentangan Terbaik;
  4. Poster Terbaik;
  5. Video Boomerang Terbaik; dan
  6. Penyertaan Terbanyak oleh Cawangan / JKR Negeri.

Johan Konvensyen KIK akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi dan mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Manakala, naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Pemenang bagi kategori lain akan menerima sijil penghargaan. Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori :

PRODUK INOVASI (KATEGORI PENGURUSAN)

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN PUTRA EXTREME JKR W.P. Putrajaya Information Performance Facility Contract (IR-PERFACT)
NAIB JOHAN PRISMA Cawangan Kejuruteraan Elektrik,  JKR Kedah JKR Integrated Maintenance Monitoring System (JIMMS)
TEMPAT KE-3 DOIT Cawangan Kerja Kesihatan Electronic Customer Satisfaction Index (eCSI)

PRODUK INOVASI (KATEGORI TEKNIKAL)

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN PINTAR JKR Daerah Segamat, Johor Easy Info Flood Level (EIFL)
NAIB JOHAN I-KON Cawangan Kejuruteraan Elektrik , JKR Kelantan Maintenance Cable Protector (MCP)
TEMPAT KE-3 FIVE SENSES Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Speed Sign with IoT Radar Sensor

VIDEO PEMBENTANGAN TERBAIK

Nama Kumpulan Pejabat Kategori Penyertaan
NISMILANDERS JKR Negeri Sembilan   Pengurusan
FORMECH Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,  Ibu Pejabat
J-ELEKMA Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Melaka
SMART STATION JKR Daerah Kluang, Johor   Teknikal
RAINBOW JKR Daerah Kerian, Perak
IP THINKER JKR Daerah Pokok Sena, Kedah

POSTER TERBAIK

Nama Kumpulan Pejabat
TRENDY OLD SCHOOL CREaTE  
KUARAKANSA JKR Daerah Kuala Kangsar, Perak  
IIMK JKR W.P. Labuan  

VIDEO BOOMERANG TERBAIK

Nama Kumpulan Pejabat
GEN TECH Cawangan Kejuruteraan Elektrik , JKR Pulau Pinang
MECANIQUE7 CREaTE  
PINTAR JKR Daerah Segamat, Johor  

PENYERTAAN TERBANYAK

Pejabat Bilangan Penyertaan Kategori Penyertaan
JKR Negeri Johor 4 Penyertaan 1 Pengurusan, 3 Teknikal
JKR Negeri Terengganu 4 Penyertaan   4 Teknikal

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2021.


Views: 816