KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA 2020

PROGRAM CREaTE TECH TALK 2020 (CTT)
23 November 2020
TEMU BUAL BERSAMA YB MENTERI KANAN KERJA RAYA SEMPENA HPTN 2020 DI RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA, TV1
5 December 2020
Show all

KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA 2020

KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABTAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2020 pertama kalinya telah diadakan secara VIRTUAL di mana penilaian dibuat melalui pre-recorded video. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warga JKR, seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak dan sumbangan terhadap Jabatan, khususnya dalam pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara, pembangunan sosial serta kesejahteraan rakyat.

Bertemakan “Are You Innovative Enough?”, Konvensyen KIK JKR tahun ini telah menerima sebanyak 36 penyertaan dari pelbagai Cawangan, JKR Negeri dan JKR Daerah, di mana 25 buah kumpulan bertanding di bawah Kategori Teknikal dan baki 11 buah kumpulan bertanding di bawah Kategori Pengurusan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 30 November 2020. Majlis Perasmian dan Pengumuman Pemenang Konvensyen KIK telah disiarkan melalui  YouTube CREaTE JKR Chanel.

Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan semasa Konvensyen KIK iaitu:

  1. Produk Inovasi (Kategori Pengurusan);
  2. Produk Inovasi (Kategori Teknikal);
  3. Poster Terbaik; dan
  4. Penyertaan Terbanyak oleh Cawangan / JKR Negeri.

Selain daripada itu, bagi menghargai usaha dan hasil kreativiti peserta dalam menghasilkan video pembentangan, dua kategori tambahan telah diumumkan semasa majlis tersebut iaitu:

  1. Video Pembentangan Terbaik; dan
  2. Video Boomerang Terbaik.

Johan pertandingan Konvenyesen KIK JKR bagi Kategori Pengurusan dan Teknikal akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 5,000.00, trofi edisi khas, dan sijil penghargaan. Manakala naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM 3,000.00 dan RM 2,000.00 serta sijil penghargaan. Pemenang bagi kategori lain akan menerima sijil penghargaan. Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori :

Produk Inovasi (Kategori Pengurusan)

Nama Kumpulan Caw/Bah/Daerah /Negeri Tajuk Projek
ACTIVO Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Sistem Laporan Observasi Pengguna LAFAS
MERIDA JKR W.P. Putrajaya Sistem Pengurusan Operasi Kuarters (SP-OK)
IMPAK Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Sistem MyCUTI Belajar

Produk Inovasi (Kategori Teknikal)

Nama Kumpulan Caw/Bah/Daerah /Negeri Tajuk Projek
Permata Maharani JKR Muar, Johor Plug and Play Scupper Drain (PnP ScuDr)
L-Tech JKR Lipis, Pahang Universal Mud Grip Tyre (UMGT)
RAINBOW JKR Kerian, Perak Rainbow Guide Indicator
 (RG-Indicator)

Poster Terbaik

Nama Kumpulan Caw/Bah/Daerah /Negeri Kategori Projek
ACTIVO Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Pengurusan
Forensic Innovation Team Cawangan Jalan Teknikal

Penyertaan Terbanyak

Caw/Bah/Daerah /Negeri Jumlah Penyertaan Kategori Projek
Negeri Kelantan 6 Penyertaan 3 Pengurusan, 3 Teknikal

Kategori Video Pembentangan Terbaik

Nama Kumpulan Caw/Bah/Daerah /Negeri Kategori Projek
CKE-XSEL Cawangan Kejuruteraan Elektrik Selangor Pengurusan
Permata Maharani JKR Muar, Johor Teknikal

Kategori Boomerang Terbaik

Nama Kumpulan Caw/Bah/Daerah /Negeri Kategori Projek
MERIDA JKR W.P. Putrajaya Pengurusan
L-Tech JKR Lipis, Pahang Teknikal

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2020.

Views: 2174