NOTIS PEMBERITAHUAN ADDENDA
26 April 2018
PROGRAM WACANA ILMU
22 May 2018
Show all

KEPUTUSAN ITEX 2018

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sekali lagi telah melakarkan kejayaan di pameran 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 10 – 12 Mei 2018  di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) apabila kesemua empat (4) produk inovasi JKR Malaysia kali ini telah diiktiraf di persada nasional dan antarabangsa oleh para Panel Juri Penilai ITEX ’18.

JKR Malaysia buat julung kalinya telah berjaya memenangi Anugerah Khas bagi Kategori Best Green Invention Award menerusi produk A Mobile Leaves Collector & Shredder Complete With Composter (V-Der) di mana dua (2) produk inovasi yang dipamer dan dipertandingkan ini telah merangkul  Anugerah Pingat Emas manakala dua (2) produk lagi telah memenangi Anugerah Pingat Perak.

Setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada semua kumpulan perekacipta 2018 JKR Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama JKR ke tahap yang begitu membanggakan ini. Sekalung penghargaan juga kepada Urusetia JKR Malaysia dari Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE JKR) yang telah bertungkus lumus dalam usaha memastikan penyertaan dan penglibatan JKR Malaysia di pertandingan kali ini telah terlaksana dengan jayanya.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian yang mengkagumkan ini. Dengan pencapaian ini, ianya akan memberikan inspirasi dan motivasi kepada Pegawai – pegawai JKR untuk lebih gigih berkarya secara berinovatif dan menyemarakkan budaya berinovasi secara berterusan untuk, menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan jabatan dalam menuju ke era Revolusi Industri 4.0 yang berimpak tinggi serta mendokong Dasar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Berikut adalah butiran pemenang pingat di ITEX 2018:

A. Anugerah Khas Kategori ‘Best Green Invention Award’

      A Mobile Leaves Collector & Shredder Complete With Composter (V-Der) – JKR WP Putrajaya

B. Anugerah Pingat Mengikut Kategori

 

Bil Produk Pejabat Ketua Perekacipta Pingat
1 A Mobile Leaves Collector & Shredder Complete With Composter (V-Der) JKR WP Putrajaya Pn Roslina Bt Hj Abd Aziz / Pn Farhani Bt Mohamad Emas
2 Sistem Aduan Kuarters (SAKU) JKR WP Putrajaya En Abdul Halim B Mat Daud Emas
3 Latex Asphalt CREaTE JKR Ir Mohd Hizam B Harun Perak
4 JKR Muar Mobile Service Station JKR Johor Ir Mohammad Zaharudin B Ayep Perak

 

Views: 703