Keputusan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2019
3 May 2019
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN MENTAH KERING DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA, ALOR GAJAH, MELAKA (TAWARAN SEMULA)
17 May 2019
Show all

Keputusan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sekali lagi telah melakarkan kejayaan di pameran 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 2 – 4 Mei 2019  di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) apabila kesemua tiga (3) produk inovasi JKR Malaysia kali ini telah diiktiraf di persada nasional dan antarabangsa oleh para Panel Juri Penilai ITEX ’19.

JKR Malaysia menerusi dua (2) produk inovasi yang dipamer dan dipertandingkan  telah berjaya merangkul  Anugerah Pingat Emas manakala satu (1) produk lagi telah memenangi Anugerah Pingat Perak. Setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada semua kumpulan perekacipta 2019 JKR Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama JKR ke tahap yang begitu membanggakan ini. Sekalung penghargaan juga kepada Urusetia JKR Malaysia dari Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE JKR) yang telah bertungkus lumus dalam usaha memastikan penyertaan dan penglibatan JKR Malaysia di pertandingan kali ini telah terlaksana dengan jayanya.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian yang mengkagumkan ini. Dengan pencapaian ini, ianya akan memberikan inspirasi dan motivasi kepada Pegawai – pegawai JKR untuk lebih gigih berkarya secara berinovatif dan menyemarakkan budaya berinovasi secara berterusan untuk, menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan jabatan dalam menuju ke era Revolusi Industri 4.0 yang berimpak tinggi.

Berikut adalah butiran pemenang pingat di ITEX 2019:

Anugerah Pingat Mengikut Kategori

Bil

Produk Pejabat

Ketua Perekacipta

Pingat

1

F-Flex Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur Pn Noor Ezlyn Binti Othman

Emas

2

Smart Traffic Analytics & Recognition System (STARS) Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Kelantan Ir Mohd Rudzuan Bin Arifin

Emas

3

Thermal Socket Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Sembilan En Zoolnasri Bin Abu Harun

Perak

 

 

Views: 1105