JKR MALAYSIA UNGGULI iCompEx’ 2020. SYABAS PEREKA CIPTA JKR!!

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN MAKMAL CLIMATE CHAMBER UNTUK PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA
16 Julai 2020
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2020
28 Julai 2020
Show all

JKR MALAYSIA UNGGULI iCompEx’ 2020. SYABAS PEREKA CIPTA JKR!!

JKR Malaysia telah melakar kejayaan yang membanggakan apabila berjaya memenangi beberapa anugerah dan pingat di pertandingan National Innovation & Invention Competition through Exhibition (iCompEx’ 2020) yang berlangsung secara “Virtual” pada 21 Julai 2020.

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menghantar sebanyak 3 produk inovasi JKR ke pertandingan tersebut dan hasilnya JKR berjaya meraih 2 Anugerah Terbaik dan 3 Pingat Emas.

Berikut merupakan keputusan penuh produk inovasi JKR Malaysia di iCompEX’ 2020 :

Bil Nama Produk Inovasi Pejabat   Pencapaian
1 KINGS 2.0 Mini Road Sweeper JKR Daerah Sepang Juara Anugerah Terbaik Kelas C (Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan)Pingat Emas
2 Return Air for Regenerative Energy (RARE) CREaTE JKR Tempat Ketiga Anugerah Terbaik Kelas G (Pertanian, Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui)Pingat Emas
3 Flash Of Clean (F.O.C) JKR Jajahan Jeli Pingat Emas

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan pereka cipta serta urus setia yang terlibat.  Kejayaan ini diharap akan mendatangkan hasil yang bermanafaat untuk JKR dan menjadi pendorong kepada kakitangan JKR untuk menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi pada masa akan datang.

Gambar Semasa iCompEx’ 2020

1. KINGS Mini Road Sweeper – (JKR Daerah Sepang)

  • Juara Anugerah Terbaik Kelas C (Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan)
  • Pingat Emas
Ahli Kumpulan dari JKR Daerah Sepang untuk Produk KINGS 2.0 Mini Road Sweeper
Produk Inovasi: KINGS 2.0 Mini Road Sweeper

2. Return Air for Regenerative Energy (RARE) – (CREaTE JKR)

  • Tempat Ketiga Anugerah Terbaik Kelas G (Pertanian, Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui)
  • Pingat Emas
Ahli Kumpulan dari CREaTE JKR untuk Produk Return Air for Regenerative Energy (RARE)
Produk Inovasi: Return Air for Regenerative Energy (RARE)

3. Flash Of Clean (F.O.C) – JKR Jajahan Jeli

  • Pingat Emas
Ahli Kumpulan dari JKR Jajahan Jeli untuk Produk Flash Of Clean (F.O.C)
Produk Inovasi: Flash Of Clean (F.O.C)

Views: 178