JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CREaTE ELECTRICAL ENGINEERING WEBINAR 2022 (CEEW 2022)

$$$ PRA-TEMPAHAN PRODUK INOVASI JKR MALAYSIA $$$
24 June 2022
PEMAKLUMAN CALON BERJAYA BAGI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2022
12 August 2022
Show all

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CREaTE ELECTRICAL ENGINEERING WEBINAR 2022 (CEEW 2022)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CREaTE ELECTRICAL ENGINEERING WEBINAR 2022 (CEEW 2022)

Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program CREaTE Electrical Engineering Webinar 2022 (CEEW 2022).

Program webinar yang bertemakan “Towards Sustainable Electrical Safety” ini adalah merupakan salah satu inisiatif CREaTE dalam memperkasakan kompetensi pegawai JKR dan untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga jabatan.

Program CEEW 2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  11 Ogos 2022 (Khamis)
Masa  9.30 – 12.15 tengah hari
Tempat Secara atas talian (Google Meet)
  https://meet.google.com/xhg-iper-kei
 
Pembentangan 1)Prof. Ir. Dr. Normiza binti Mohamad Nor
Tajuk: Characteristic of Grounding Systems under Impulse Conditions
  2) Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin bin Ab. Kadir      
Tajuk: Lightning Risk Assessment as per  IEC 62305-2

Program ini akan diadakan secara atas talian (online) di mana seramai dua (2) pembentang akan berkongsi informasi dan pengalaman menggunakan platform Google Meet. Program webinar ini boleh disertai dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Sijil penyertaan akan diberikan dengan dua (2) mata Continuing Professional Development (CPD) daripada Lembaga Jurutera Malaysia (LJM). Tempat penyertaan webinar ini adalah terhad.

Bersama ini disertakan poster program CEEW 2022 untuk perhatian dan makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

URUS SETIA
Program CREaTE Electrical Engineering Webinar 2022 (CEEW 2022)
MPE, BIPPK
JKR CREaTE

Views: 369