International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2017

Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2017
29 March 2017
Senarai Produk Inovasi Jkr Ke Pameran Itex 2017
3 May 2017
Show all

International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa satu pameran inovasi antarabangsa iaitu 28th INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) akan diadakan pada 11 – 13 Mei 2017 bertempat di PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC).

JKR Malaysia akan menyertai pameran ini yang dianjurkan oleh MINDS (Malaysian Invention & Design Society) dan sebanyak dua belas (12) produk inovasi akan dipertandingkan. Sila klik DI SINI untuk melihat senarai dua belas (12) produk inovasi JKR Malaysia yang menyertai ITEX 2017 dan pelan lokasi booth pameran JKR Malaysia.

Seluruh warga JKR Malaysia adalah dijemput untuk melawat booth JKR Malaysia di ITEX 2017 sebagai tanda sokongan kepada kesemua produk inovasi JKR Malaysia yang akan dipamerkan dan dipertandingkan.

Berikut adalah aturcara ITEX 2017 untuk makluman dan rujukan pihak tuan/puan selanjutnya.

TARIKH/MASA ATURCARA
11 MEI 2017 (KHAMIS) HARI PERTAMA
9.00 pagi – 6.00 petang Pameran kepada pengunjung
12 MEI 2017 (JUMAAT) HARI KEDUA
9.00 pagi – 6.00 petang Pameran kepada pengunjung
13 MEI 2017 (SABTU) HARI KEDUA
9.00 pagi – 2.00 petang Pameran kepada pengunjung

Sekian, terima kasih.

Unit Inovasi Kejuruteraan
Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Views: 596