PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021

PROGRAM 3rd JKR RESEARCH COLLOQUIUM 2021 (3rd JKRRC 2021)
28 June 2021
CREaTE-RECESS INTERNATIONAL SEMINAR AND SYMPOSIUM (CRISS) 2021
12 August 2021
Show all

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia 2021 telah bersidang dan mengesahkan calon-calon yang berjaya peringkat pertama seterusnya layak untuk menghadiri sesi temuduga. Senarai calon yang berjaya adalah seperti berikut:

  • Senarai Calon Berjaya Peringkat Pertama
  • Sehubungan dengan itu calon–calon yang berjaya pada peringkat pertama, diwajibkan untuk menyediakan tiga (3) salinan hardcopy dan satu (1) salinan softcopy Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal seperti format di bawah:

    1. Format Laporan Pengalaman (semua kompetensi)
    2. Format Laporan Teknikal (kompetensi Awam, Mekanikal dan Elektrik)
    3. Format Laporan Teknikal (kompetensi Arkitek)
    4. Format Laporan Teknikal (kompetensi Ukur Bahan)
    5. Format Laporan Teknikal (kompetensi BIM)
    6. Format Laporan Teknikal (kompetensi Pengurusan Aset dan Fasiliti)

    Calon-calon diminta untuk mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal kepada Urus Setia pada atau sebelum 9 Ogos 2021. Laporan yang lewat diterima daripada 9 Ogos 2021 tidak akan diterima

    Tiga (3) salinan hardcopy Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal dihantar ke alamat seperti berikut:

    Urus Setia Program Pensijilan Kompetensi JKR
    Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK)
    Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
    Jalan Kemus, Simpang Ampat
    78000 Alor Gajah Melaka

    Satu (1) salinan softcopy Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal hendaklah dimajukan melalui emel pensijilanjkr@jkr.gov.my

    Maklumat Penting
    Sekiranya calon gagal untuk mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal pada atau sebelum 9 Ogos 2021, maka permohonan tuan/puan untuk penyertaan Program Pensijilan ini adalah terbatal dan keputusan ini adalah muktamad.

    Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang disediakan perlulah disahkan oleh Ketua Bahagian/Pengarah berkenaan dan Pemilik Kompetensi/pegawai yang mempunyai kompetensi dalam bidang yang dimohon (tahap yang lebih tinggi) sebelum dikemukakan kepada pihak Urus Setia.

    Keterangan mengenai Laporan Teknikal untuk setiap bidang dan tahap pensijilan adalah seperti dinyatakan di dalam Piawaian Kompetensi Pensijilan bidang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut: http://www.createjkr.gov.my/pensijilan-2021/

    Penilaian kompetensi calon dilaksana berdasarkan elemen kompetensi dan petunjuk pencapaian seperti dinyatakan di dalam Piawaian Kompetensi untuk bidang dan tahap kompetensi berkenaan. Laporan Teknikal yang dikemukakan oleh calon juga akan digunakan sebagai asas dan rujukan untuk penilaian kompetensi calon berkenaan.

    Maklumat sesi temuduga akan dimaklumkan kepada calon selepas 9 Ogos 2021.

    Semasa sesi temuduga, Panel Penilai akan menilai kompetensi calon berdasarkan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang merangkumi ketiga-tiga komponen iaitu:

    1. Pengetahuan: Pengetahuan teknikal dalam bidang berkenaan.
    2. Kemahiran: Dalam konteks pensijilan ini, kemahiran adalah kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan teknikal dan pengurusan dalam melaksana tugasan dengan mencapai hasil yang ditentukan dalam masa dan sumber ditetapkan.
    3. Sikap: Kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap idea, objek, orang atau keadaan tertentu.

    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2021, sila hubungi:

    Nama Emel No. Telefon
    Ir. Ahmad Ridzauddin Bin Ibrahim ridzauddin@jkr.gov.my 06-551 2207
    Marliana Mohamed marlianamd@jkr.gov.my 06-551 2295

    Sekian, terima kasih.


    URUS SETIA
    PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
    Emel : pensijilanjkr@jkr.gov.my

    Views: 5379