PELAKSANAAN AUDIT INDEKS AKAUNTABILITI (AI) DALAMAN CREaTE – KEWANGAN (MYSTERY SHOPPING)

Mesyuarat dan Sesi Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Negeri Melaka
22 January 2018
MESYUARAT PENGURUSAN RISIKO
30 January 2018
Show all

PELAKSANAAN AUDIT INDEKS AKAUNTABILITI (AI) DALAMAN CREaTE – KEWANGAN (MYSTERY SHOPPING)

Berdasarkan Laporan Audit Negara 2016, prestasi pengurusan kewangan JKR berada di kedudukan 18/18. Oleh sebab itu sebagai usaha memperbaiki prestasi kewangan semasa, JKR melalui CDPK telah memperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) untuk mengawalselia proses dan struktur pengurusan kewangan JKR.
Sebagai persediaan menghadapi Audit Indeks Akauntabili (AI) JKR, CREaTE telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu audit dalaman bagi mengenalpasti prestasi kewangan semasa CREaTE. Oleh itu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pengurusan Korporat telah dipilih sebagai bahagian/unit yang akan diaudit pada tarikh dan waktu seperti tertera.

Tarikh      : 29 – 30 Januari 2018
Masa         : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat    : Unit Pentadbiran dan Kewangan, BPK

 

Views: 1146